Terima Skim Pencen Jika Tidak Dikendali Dengan 'Cara Berniaga' - MTUC

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik cadangan mewujudkan skim pencen sektor swasta bagi menangani kemiskinan selepas bersara asalkan skim tersebut tidak dibuat dengan 'cara berniaga'.

Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata, bagaimanapun skim tersebut perlu melalui proses perincian dan segenap aspek perlu diperhalusi agar pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat kepada pekerja.

"Kita nak tengok dulu bagaimana pelaksanaannya. Kita tak mahu jika skim itu diswastakan atau diberi kepada mana-mana pihak dengan 'cara berniaga'.

"Maksudnya mesti melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Bukan melalui mana-mana perbadanan, syarikat insurans atau sebagainya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Menurut Khalid, buat masa ini pihaknya belum secara serius membincangkan perkara ini dengan kerajaan atau dengan pihak lain yang terlibat.

Katanya, walaupun skim ini bakal memberi jaminan khususnya kepada pesara dan membantu meringankan beban mereka, ia tidak semestinya dilaksanakan dengan kadar segera.

"Belum bincang lagi...kena bincang dulu secara terperinci. Kaji banyak aspek seperti modal, pengendalian dan pengisiannya.

"Selepas diperhalusi dan jika memberi kebaikan untuk pekerja, memang kita terima," katanya.

Pada Isnin, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S.Subramaniam menyatakan keperluan mewujudkan skim pencen sepanjang hayat untuk sektor swasta bagi menangani kemiskinan di kalangan pesara.

Katanya, pencarum golongan berpendapatan rendah hanya akan menerima kira-kira RM50,000 apabila bersara dan wang tersebut hanya cukup untuk tempoh tiga hingga lima tahun.

Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata pelaksanaan gaji minimum dan melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun merupakan antara usaha bagi membantu pesara agar dapat bertahan dengan wang simpanan selepas berpencen.

Beliau menjelaskan, sebanyak 35 peratus golongan pekerja yang sebelum ini tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah dengan gaji di bawah RM900 bakal mendapat potongan KWSP yang lebih selepas gaji minimum dilaksanakan tidak lama lagi.

"Simpanan tak cukup selepas umur 55 tahun sebab gaji kecil, potongan pun kecil. Dengan adanya gaji minimum, pendapatan dan potongan akan meningkat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan