PSC Syor TOL Dikeluarkan Untuk Kilang Lynas

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) memberi lampu hijau kepada syarikat tersebut untuk memperoleh lesen pengendalian sementara (TOL) kerana ia telah memenuhi segala keperluan ditetapkan.

Dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya TOL dikeluarkan agar projek tersebut dapat beroperasi secara berperingkat dan dikawal selia agensi penguatkuasa.

Laporan itu dibentangkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Laporan tersebut mengandungi penemuan dan cadangan selepas tiga pendengaran awam yang diadakan di Kuantan dan Kuala Lumpur untuk mendapat maklum balas dari individu, pihak berkepentingan dan pakar berhubung projek nadir bumi di Gebeng, Pahang.

"Jawatankuasa amat berpuas hati bahawa projek Lynas memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan amalan dan standard antarabangsa.

"Malah, peraturan yang dikenakan ke atas loji itu lebih ketat berbanding standard antarabangsa," katanya yang turut mengemukakan 31 syor berhubung pela

Mohamed Khalid berkata, jawatankuasa itu berpuas hati bahawa projek tersebut menyediakan sistem kawalan yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan serta perlindungan alam sekitar.

"Pada peringkat ini, loji tersebut telah memenuhi semua syarat lesen dan syarat tambahan yang dikenakan di dalam lesen TOL ini. Data yang diperolehi di peringkat ini akan menjadi asas kepada pertimbangan proses perlesenan selanjutnya," katanya.

Laporan itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa pemantauan ditubuhkan untuk mengawal operasi loji tersebut.

"Jawatankuasa itu akan melibatkan agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar," katanya.

Sementara itu, jawatankuasa tersebut mendapati pendedahan radiasi dari loji tersebut adalah selamat dan berada pada tahap rendah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan