PM Ucap Takziah Atas Kemangkatan Putera Mahkota Nayef - Berita Semasa | mStar

PM Ucap Takziah Atas Kemangkatan Putera Mahkota Nayef

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah dan simpati kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud atas kemangkatan Putera Mahkota Nayef bin Abdul Aziz Al Saud.

Putera Nayef, 77, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, meninggal dunia di sebuah hospital di Geneva, Switzerland pada Sabtu.

Dalam perutusan ucapan takziah bertarikh 16 Jun kepada Raja Abdullah, Najib berkata kemangkatan Putera Mahkota merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Arab Saudi tetapi juga kepada rantau ini termasuk Malaysia dan umat Islam.

"Saya berasa amat sedih apabila mendapat tahu mengenai kembalinya ke rahmatullah seorang daripada pemimpin kerajaan Arab Saudi yang amat dihormati dan dinamik, Putera Nayef.

"Putera Nayef akan sentiasa dikenang sebagai seorang pemimpin terkemuka yang semasa hayat baginda telah mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dan negaranya serta amat disanjungi dan dihormati rakan senegara dan umat Islam, demi kesejahteraan dan pembangunan negara Arab Saudi," katanya.

Najib berkata Malaysia akan meneruskan usaha memperkukuhkan hubungan antara dua negara bersaudara ini berdasarkan dedikasi dan sumbangan Putera Nayef semasa hayat baginda ke arah itu.

"Pada ketika negara ini sedang diselubungi kedukaan dan kesedihan, saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan takziah dan simpati kepada Seri Paduka dan rakyat Arab Saudi.

"Kami berharap Seri Paduka dan kerabat diraja yang lain serta rakyat Arab reda dengan ketentuan illahi ini.

"Kami berdoa semoga Allah s.w.t mengampuni dan mencucuri rahmat ke atas roh almarhum dan semoga bersemadi dengan tenang dan ditempatkan di Al-Jannah (syurga)," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan