Pengorbanan Pasukan Keselamatan Bolehkan Kerajaan Tumpu Bangunkan Negara - TPM

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengorbanan anggota pasukan keselamatan telah membawa kepada keamanan sehingga membolehkan kerajaan memberi tumpuan membangunkan negara.

Katanya hasil pengorbanan mereka, program pembangunan berjalan lancar dan sumbangan besar yang tidak ternilai itu mewajarkan anggota keselamatan termasuk yang telah bersara dihargai dan disanjung kerajaan dan rakyat.

"Pada masa kita tidur lena, anggota tentera dan polis berjuang menentang anasir-anasir jahat yang hendak merosakkan negara serta kumpulan-kumpulan penjenayah. Sebelum merdeka mereka menentang penjajah dan selepas itu komunis.

"Tetapi besar mana imbuhan mereka dapat? Kehadiran saya hari ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada mereka," kata Muhyiddin sewaktu berucap pada majlis 'Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri' bersama pesara tentera, polis dan penjara di padang Kolej Tentera Udara Kepala Batas, dekat sini, Selasa. Katanya rakyat perlu sentiasa diberi peringatan supaya menghargai nikmat kemerdekaan kerana banyak negara tidak aman selepas bebas dari penjajahan akibat perang saudara dan rusuhan sehingga menyebabkan campur tangan kuasa asing.

"Kita sedang menghadapi tempoh lapan tahun yang sangat mencabar untuk mencapai Wawasan 2020. Soalnya bagaimana nak capai dalam erti kata sebenar iaitu rakyat memperoleh pendapatan tinggi, hidup selesa dan negara maju.

"Aspirasi politik dan matlamat ini hanya boleh dicapai sekiranya rakyat sanggup bekerja kuat dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan menjayakan setiap agenda yang dirancang," kata Muhyiddin. Katanya, Malaysia masih merupakan permata dunia yang bergemerlapan hanya kerana dasar kepimpinan negara yang menetapkan hala tuju jelas dalam soal antaranya pencapaian ekonomi, pembanterasan rasuah, jenayah, pendidikan dan harga barang yang terkawal. Menurut Muhyiddin, banyak negara Eropah antaranya Greece, Portugal dan Sepanyol sedang bergelut akibat ekonomi yang meruntun kerana dasar-dasar yang mereka amalkan.

Pada majlis itu beliau mengumumkan bantuan berjumlah RM450,000 iaitu masing-masing RM100,000 kepada persatuan bekas tentera, polis dan penjara serta RM50,000 kepada setiap badan kebajikan isteri ketiga-tiga persatuan tersebut. Turut hadir pegawai-pegawai kanan polis, tentera dan anggota ketiga-tiga persatuan tersebut dari seluruh Kedah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan