NGO Hadir Ke Parlimen Gesa Operasi Lynas Dihentikan

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke Parlimen di sini bagi mendapatkan rundingan untuk menggesa supaya operasi kilang memproses nadir bumi Lunas di Gebeng, Pahang dihentikan.

Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet, isu Lynas melibatkan isu di mana ia memberi kesan kepada masyarakat.

"Ia mengenai kesihatan dan keselamatan rakyat serta alam sekitar," kata beliau di luar lobi Parlimen di sini, Selasa.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) memberi lampu hijau kepada Lynas memperoleh TOL kerana ia memenuhi segala keperluan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa telah menetapkan tarikh 19 Julai ini bagi pendengaran permohonan injuksi yang difailkan secara interparte oleh Lynas terhadap dua pengarah SMSL Sdn Bhd kerana mengeluarkan kenyataan berunsurkan fitnah.

Naib Pengerusi SMSL, Ismail Abu Bakar berkata, pertubuhan itu tidak berpuas hati dengan pihak operasi Lynas kerana mereka tidak pernah berbincang bersama secara telus.

"Sedangkan PSC yang sepatutnya berjumpa dengan kami tetapi awal-awal lagi telah pergi ke kilang Lynas dan mengatakan ia selamat tanpa mendengar pandangan individu berkenaan atau pakar yang mengetahui perkara ini," katanya.

Pengarah Eksekutif Pusat Komas, Tan Jo Hann pula berkata, berdasarkan permohonan injuksi yang dibuat oleh Lynas di mahkamah, pihaknya bersama NGO lain tidak takut dengan tindakan syarikat itu.

Beliau berkata, isu radioaktif tersebut tidak didedahkan dan dibimbangi tentang proses ketelusan syarikat itu.

"Oleh itu, jika kita membiarkan 'orang besar' ini menggunakan sistem kehakiman untuk 'melenyapkan' isu maka ia adalah sangat berbahaya.

"Ia bukan isu politik atau awam tetapi apa sahaja yang memberi respons, kami akan bersuara.

"Tidak kira Pakatan (Rakyat) atau BN (Barisan Nasional), jika mereka prihatin tentang rakyat, utamakan rakyat maka dengarlah suara mereka," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan