Laporan PSC Lynas Dibentang Selasa

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat esok (Selasa).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan itu akan dibentangkan oleh pengerusi jawatankuasa itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Menteri Pengajian Tinggi, selepas sesi soal jawab lisan.

"Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah dibentang di atas meja ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan Mesyuarat 86(5), oleh yang demikian penyata tersebut tidak boleh disiar, embargo sehingga jam 11.30 pagi Selasa, 19 Jun 2012," katanya sejurus selesai sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau berkata perbahasan mengenai laporan itu akan dimulakan dengan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) untuk mempertimbangkan penyata jawatankuasa itu.

Pada 20 Mac lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa itu bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek Lynas di Gebeng, Pahang.

Projek memproses nadir bumi itu mencetuskan kontroversi apabila orang awam mendesak kerajaan supaya menghentikan projek tersebut kerana dikhuatiri membawa kemudaratan kepada keselamatan penduduk setempat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan