Kadar Jenayah Di Selangor Meningkat - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan peningkatan kadar jenayah pada tahun 2011 sebanyak 44,302 kes berbanding 39,691 kes pada tahun sebelumnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia meliputi 8,141 kes bagi jenayah kekerasan dan 36,161 kes jenayah harta benda.

Hishammuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat, Parlimen di sini Selasa.

Pua meminta Hishammuddin menyatakan dengan jadual terperinci dan statistik jenayah setiap tahun sejak 2006 bagi Selangor mengikut daerah dan jenis jenayah.

Ini katanya, termasuk jadual dan statistik bagi seluruh negara mengikut negeri dan jenis jenayah.

Hishammuddin berkata, indeks jenayah bagi seluruh negara pada 2011 pula adalah sebanyak 157,891 kes, menunjukkan penurunan berbanding 177,891 kes pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Pua pada sidang media berkata, beliau meminta supaya statistik yang diminta itu dijelaskan secara terperinci.

"Saya mahu indeks jenayah setiap daerah di Selangor seperti Petaling Jaya supaya kita tahu gambarannya dan fikirkan cara untuk menanganinya.

"Ia perlu dinyatakan secara terperinci agar terdapat ketelusan mengenai kadar jenayah di negara ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan