Isu Lynas: Sains Cuba Ditewaskan Oleh Politik - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN-Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan sains cuba ditewaskan oleh politik dalam isu kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

"Apabila sains cuba ditewaskan oleh politik mendapati bukan analisa dan hujah-hujah yang berasaskan kajian daripada pakar-pakar tetapi sebenarnya usaha menghasut rakyat supaya mereka percaya kepada pandangan yang sebenarnya tidak mempunyai asas saintifik," katanya di Dewan Rakyat, Parlimen di sini, Selasa.

Khairy berkata: "Kita tengok pemimpin-pemimpin utama pembangkang tidak ada membahas tentang isu Lynas (hari ini)."

Beliau menambah, jika dalam rang undang-undang yang lain seperti perhimpunan aman, semuanya 'berderet' untuk membahas mengenainya.

"Tetapi apabila Ahli Parlimen Hulu Langat (Dr Che Rosli Che Mat) mengatakan bahawa kilang Lynas adalah selamat, saya rasa di situ adalah satu 'checkmate' selepas itu semua (pembangkang) patah semangat," katanya.

Khairy yang memetik kenyataan Ahli Parlimen PAS-Hulu Langat, Che Rosli sebagai berkata: "Setelah saya melihat penstrukturannya dari segi bahan yang dibawa, dipantau, kilang Lynas adalah selamat.

"Dengan kaedah-kaedah yang digunakan, dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau seperti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)."

Khairy yang merujuk kenyataan Che Rosli berkata: "Di situ saya melihat ia adalah kepakaran anda sendiri (pihak pembangkang)."

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) pada selasa mengesyorkan lesen pengendalian sementara (TOL) dikeluarkan kepada Lynas berikutan projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan yang ditetapkan.

Berdasarkan fakta-fakta saintifik dan maklumat yang diperoleh daripada pakar-pakar, projek LAMP merupakan kilang kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear atau aktiviti perlombongan.

PSC mendapati pendedahan radiasi dari loji tersebut adalah selamat dan berada pada tahap rendah.

Jawatankuasa dalam pembentangan oleh pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mengesyorkan supaya kesemua 31 syor untuk dilaksanakan sewajarnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan