BN Pulau Pinang Lancar Program 'Semboyan Dibunyikan'

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Isnin melancarkan program 'Semboyan Dibunyikan' yang akan menggunakan pendekatan "serang dan terang" bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata program itu akan dipenuhi dengan aktiviti penerangan, termasuk menerusi media konvensional dan media baru untuk menjawab tohmahan dan memberi penjelasan isu-isu yang dibangkitkan pakatan pembangkang.

"Ini satu lagi usaha BN untuk menerangkan kepada rakyat mengenai dasar dan program yang kerajaan aturkan untuk mereka, apa yang sebenarnya kita telah dan akan laksanakan," katanya pada majlis perasmian program itu di sini Isnin.

Beliau berkata program itu akan berlangsung di semua peringkat bahagian dan pusat daerah mengundi selama sebulan.

Teng berkata selain itu risalah-risalah yang mengandungi penjelasan mengenai keadaan sebenar yang berlaku dalam tempoh empat tahun pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng, akan turut diedarkan melalui kempen penerangan pucuk pimpinan parti.

Katanya bagi mendekatkan rakyat dengan pucuk pimpinan BN negeri, laman web parti telah dinaiktaraf dengan penambahan dua bahasa iaitu Cina dan Tamil, selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

"Kami sudah bersedia untuk berperang dengan keyakinan untuk menang. Saya mahu semua mengambil langkah mulai dari sekarang. Ini kerana bahang PRU13 makin hangat dan tidak ada ruang untuk kita mencari-cari lagi," katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut berhubung program itu boleh melayari laman web BN negeri, www.bnpenang.my atau melalui facebook dan twitter. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan