Tiada Penularan Fahaman Irshad Manji Di Johor

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Jabatan Agama Johor (JAJ) setakat ini tidak menerima aduan mengenai penjualan dan penerbitan buku "Allah, Liberty and Love" karya penulis kontroversi Irshad Manji di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Datuk Zainal Abidin Osman berkata pemantauan yang dilakukan JAJ di kedai-kedai buku juga mendapati tidak ada buku berkenaan dijual di Johor.

"Penulis juga tidak menjalankan aktiviti penyebaran fahamannya di negeri ini dan kami juga tidak menerima sebarang aduan berkenaan penyebaran fahaman ini secara terbuka oleh mana-mana kumpulan," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika menjawab soalan Jaafar Hashim (BN-Senggarang) yang mahukan penjelasan sejauh mana penularan ajaran dan fahaman songsang Irshad Manji di negeri Johor.

Menjawab soalan Datuk Abdullah Md Ali (BN-Bukit Naning) mengenai langkah yang telah diambil JAJ untuk membendung fahaman liberalisme dan 'Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT), Zainal Abidin berkata JAJ mengambil langkah proaktif mengadakan siri seminar dan program penerangan kepada masyarakat mengenai bahayanya fahaman itu.

Beliau berkata setakat ini enam program seumpama itu diadakan yang disertai guru-guru sekolah termasuk guru agama, warga kerja kerajaan, dan pegawai penyelidik daerah-daerah.

Katanya selepas ini JAJ bercadang mengadakan seminar dan bengkel penerangan seumpama itu untuk menjelaskan pula tentang buku yang ditulis Irshad Manji.

Mengenai cadangan Jaafar supaya diperluas program penerangan itu ke sekolah-sekolah melalui kelas pengajian Islam, beliau berkata ia satu cadangan yang baik dan akan dipertimbang oleh kerajaan negeri.

Menjawab soalan tambahan Dr Mohamad Taslim (PAS-Maharani) mengenai pertambahan bilangan golongan lelaki yang berpakaian lelaki dan 'menjalankan kerja malam' di negeri ini terutama di daerah Muar, beliau berkata JAJ telah pun mengambil langkah untuk menangani masalah itu.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 28 Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang memperuntuk hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan