Pemuda PAS Desak Majlis Fatwa Keluar Hukum PRU Musim Haji

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengeluarkan fatwa atau sekurang-kurangnya pendirian umum berkenaan dengan isu mengadakan pilihan raya pada musim haji.

Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, badan itu perlu segera berbuat demikian kerana bimbang hak lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia yang akan menunaikan haji bakal terlepas peluang untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, selaras dengan fungsi Majlis Fatwa yang menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan dalam segala perkara berkaitan dengan fatwa, pendirian badan itu diharap dapat menyelesaikan masalah berkaitan hukum-hakam sekiranya pilihan raya diadakan pada musim haji.

"Jika Majlis Fatwa Kebangsaan mampu bersuara dan mengeluarkan fatwa untuk aktiviti yang berkaitan dengan pembangkang, maka amat wajar badan tersebut mengeluarkan fatwa dan pendirian berhubung yang amat besar ini walaupun ia berkaitan dengan kerajaan," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Nik Abduh berkata, isu mengadakan pilihan raya pada musim haji adalah isu besar dan serius kerana ia melibatkan kehormatan para jemaah dalam menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Majlis Fatwa perlu bertindak dengan segera dalam menangani isu ini. Janganlah bersikap memilih bulu terhadap pihak-pihak berkepentingan saja dalam ini demi menjaga kemaslahatan yang lebih besar," katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua ahli PAS yang terlibat secara langsung pada pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, PAS menjangkakan pilihan raya umum akan datang diadakan pada musim haji iaitu selepas bulan Ramadan antara September hingga Oktober.

Bagaimanapun, arahan Tuan Ibrahim itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk golongan ulama.

Baru-baru ini, bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan serentak pada musim itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan