Pemimpin DAP Bantah Pelantikan Ahli Majlis Tempatan Selangor

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pengerusi DAP cawangan Taman Chi Liung Indah. K.Yogasigamany yang menolak tawaran untuk dilantik sebagai ahli majlis, Majlis Perbandaran Selayang (MBS) mendakwa pelantikan ahli majlis oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat tidak dijalankan secara adil dan telus.

Yogasigamany, yang berkhidmat sebagai ahli majlis Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA) antara Julai 2010 sehingga Februari tahun ini, berkata beliau kecewa kerana tidak dilantik semula bagi jawatan sama tetapi sebaliknya ditawarkan menjadi ahli majlis MBS untuk penggal Mac 2012/2013.

Tidak berpuas hati dengan penyingkirannya dari MBSA, beliau mendakwa Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam soal ahli majlis, Ronnie Liu Tian Khiew meminda senarai akhir bagi ahli majlis yang disahkan DAP Selangor tanpa merujuk jawatankuasa negeri.

"Jika nama saya telah dikeluarkan daripada senarai oleh Ronnie Liu tanpa pengetahuan jawatankuasa DAP negeri, kenapa tiada tindakan diambil ke atasnya.

"Saya dibuang tanpa mengikut adab walaupun saya disahkan untuk dilantik semula (sebagai ahli majlis Shah Alam) untuk penggal semasa oleh Jawatankuasa DAP Selangor," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad.

Yogasigamany berpendapat beliau berhak dilantik semula sebagai ahli majlis MBSA kerana beliau dapat mengekalkan hubungan baik terutama dengan penduduk Seksyen U10 Shah Alam.

Beliau dimaklumkan oleh anggota jawatankuasa DAP Selangor V. Ganapathi Rao bahawa beliau digantikan oleh seorang lelaki bernama Prakash Rao sebagai ahli majlis MBSA yang didakwa membantu Ronnie Liu menganjurkan majlis makan malam amal 1,000 meja parti itu di Pandamaran, baru-baru ini.

Yogasigamany juga berkata pengerusi DAp cawangan Taman Gembira di Klang, Ivan Ho, juga tidak dilantik semula sebagai ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Klang (MPK) walaupun namanya disenaraikan oleh DAp negeri.

Beliau menggesa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng untuk segera campur tangan merombak kepimpinan parti di Selangor yang didakwanya dicemari tindakan melantik individu yang tidak cekap, tidak berpelajaran dan buta huruf dalam jawatan ahli majlis perbandaran tempatan.

Pada Mac, media melaporkan bahawa pengerusi DAP Selangor Teresa Kok menegur Ronnie Liu kerana meminda senarai calon-calon ahli majlis tanpa pengetahuan DAP negeri. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan