FGVH Yakin Penyenaraianya Akan Berjaya

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yakin penyenaraianya di Bursa Malaysia akan berjaya kerana memiliki model perniagaan yang kukuh meski pun berhadapan dengan ketidaktentuan global.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata pelabur institusi bagi tawaran awam permulaan (IPO) yang terdiri daripada 1.92 bilion mencatatkan lebihan langgan sebanyak 45 kali.

"Ini satu petunjuk yang baik kepada FGVH yang akan disenaraikan di Pasaran Utama pada 28 Jun," katanya kepada pemberita di majlis Penganugerahan Biasiswa FGVH di sini, Isnin.

Sementara itu, satu kenyataan Malaysian Issuing House Sdn Bhd (MIH) berkata bahagian pelabur runcit yang terdiri daripada 72.963 juta saham juga terlebih langgan sebanyak 6.75 kali.

Bagaimana pun, Mohd Isa berkata FGVH menerima hakikat bahawa keadaan ekonomi dunia tidak begitu baik sekarang disebabkan masalah yang melanda zon Eropah, yang bermula dengan Greece serta beberapa negara lain.

"Kita sedar perkara ini, cuma kita rasa yakin kerana FGVH mempunyai kekuatan tersendiri dan kita ambil langkah-langkah sewajarnya."

"Kalau FGVH tidak disenaraikan sekarang, kita juga tidak pasti bila masalah ekonomi dunia ini akan selesai, malah tidak ada siapa yang dapat meramalkan kedaaan ekonomi," katanya.

Selain itu, Mohd Isa berkata bentuk kerjasama antara FGVH dan syarikat gergasi komoditi Louis Dreyfus sedang giat dirundingkan dan akan diputuskan sebelum penyenaraian di Bursa Malaysia.

"Perkongsian usaha niaga strategik ini bukan saja mampu untuk mengukuhkan aktiviti hiliran malah mengurangkan kebergantungan terhadap kegiatan huluan," katanya.

Presiden FGVH Group Datuk Sabri Ahmad berkata langkah pengukuhan aktiviti hiliran akan mengukuhkan sumber pendapatannya dan menyediakan pendapatan stabil bagi para peneroka Felda kerana harga Minyak Sawit Mentah (MSM) secara relatifnya adalah turun naik.

"Harga MSM ialah RM3,500 setan metrik dalam tempoh tiga minggu lepas tetapi kini berharga RM2,900 setan metrik," katanya.

Beliau menjangka harga itu akan meningkat dan terus kukuh pada separuh kedua tahun ini berikutan pengeluaran yang rendah.

Sabri berkata pusingan pengeluaran yang rendah, pengeluaran kacang soya yang rendah di Brazil dan Argentina serta permintaan yang stabil dari India dan China membantu menaikkan harga MSM.

Penyenaraian FGV akan menjadikannya IPO terbesar di Asia pada tahun ini, IPO terbesar di dunia pada tahun ini selepas penyenaraian Facebook dan IPO terbesar di Malaysia sejak penyenaraian Petronas Chemical Group pada November 2010.

Dengan mengandaikan harga runcit RM4.55, tawaran itu akan mengumpulkan kira-kira RM10.5 bilion. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan