Ah Kow Bagaikan Mentor & Bapa Kepada Zam

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zainuddin Maidin. Foto AZHAR MAHFOF
Zainuddin Maidin. Foto AZHAR MAHFOF

PUTRAJAYA: Nilai persaudaraan yang tinggi dalam bidang kewartawanan serta semangat saling bekerjasama berjaya menjadi titik tolak kepada penyatuan hubungan dua bangsa.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, hubungan akrabnya dengan bekas wartawan akhbar The Star berketurunan Cina, Ooi Ah Kow ketika sama-sama bertugas sebagai wartawan di Alor, Setar Kedah begitu meninggalkan kesan kepadanya.

Lebih-lebih lagi individu yang dianggap sebagai bapa itu banyak membantunya terutama dalam memberi dorongan motivasi untuk berjaya dalam bidang kewartawanan.

"Saya mula mengenali Ah Kow apabila menyertai bidang kewartawanan, kami saling bekerjasama dalam banyak hal.

"Sehinggakan Ah Kow saya anggap seperti bapa saya sendiri walaupun dia berketurunan Cina...faktor berlainan bangsa dan agama bukan penghalang bagi kami," katanya ketika ditemui mStar Online di kediamannya di sini, baru-baru ini.

Tambah Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, sejak mula memasuki dunia kewartawanan pada era sebelum merdeka Ah Kow sering mengambil berat mengenai perkembangan kerjayanya.

"Dia sangat ambil berat tentang kemajuan saya dalam pemberitaan, dia pantau kemajuan saya.

"Malah apabila saya ditukarkan ke Kuala Lumpur, dia anggap itu sebagai satu kemajuan. Dia sangat menghargai usaha saya...inilah persaudaraan yang terjalin dalam dunia kewartawanan yang tak boleh saya lupakan," katanya.

Nilai keakraban antara Zainuddin dan Ah Kow begitu erat apabila beliau sendiri pernah menulis mengenai wartawan senior itu menerusi artikel 'Hidup dan Matinya Sebagai Wartawan' di Utusan Malaysia pada 18 Febuari 1978.

Malah salinan asal tulisan berkenaan turut dimuat naik menerusi blog peribadinya zamkata.blogspot.com pada 8 Jun lalu.

Menurut Zainuddin, Ah Kow yang merupakan wartawan sebuah akhbar daerah, The Straits Echo sebelum menyertai The Star sekitar awal 70-an banyak memberi inspirasi kepadanya.

Jelas beliau sikap tanggungjawab dan disiplin yang ditunjukkan Ah Kow amat dikaguminya.

"Ah Kow ni memang wartawan berdedikasi. Dia akan buat liputan mengenai semua isu kes jenayah, mahkamah mahupun hal kemasyarakatan.

"Dia seorang yang sangat berdisiplin dan rajin. Dia mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk melaporkan sesuatu perkara kepada masyarakat," katanya sambil mengakui menjadikan Ah Kow sebagai contoh untuknya terus berjaya.

Katanya lagi, satu perkara yang cukup dikaguminya mengenai Ah Kow ialah dia pandai menyesuaikan diri di kalangan masyarakat tempatan.

"Ah Kow fasih berbahasa Melayu malah dia boleh membaca tulisan jawi. "Dia juga pernah menghadiri majlis di istana dengan memakai pakaian tradisional Melayu tanpa disuruh oleh sesiapa...dia memang pandai membawa diri," katanya.

Bagaimanapun menurut Zianuddin selepas kematian Ah Kow pada 6 Februari 1973, beliau tidak pernah berhubungan dengan keluarga mendiang.

Kata Zainuddin, beliau masih menyimpan sepucuk surat kiriman isteri mendiang bertarikh 7 Mac 1978 mengucapkan terima kasih kerana menulis mengenai Ah Kow di Utusan Malaysia.

Dalam pada itu Zainuddin turut melahirkan keinginannya untuk bertemu semula dengan keluarga mendiang yang pernah dianggap sebagai bapanya.

"Sudah lama saya tidak mendengar perkhabaran mengenai keluarga mendiang Ah Kow.

"Pasti amat gembira jika saya dapat bertemu semula dengan waris atau anak-anak Ah Kow," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan