Pembangkang Sengaja Burukkan Sistem Pilihan Raya - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU KURAU: Pakatan pembangkang sengaja melemparkan tuduhan bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak betul dan dilaksanakan secara penipuan kerana mereka tahu kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) kini mendapat sokongan penuh 'Gelombang Biru' untuk memimpin kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 'gelombang' itu kini dirasai rakyat di seluruh negara, dan yang lebih penting, negeri yang dikuasai pembangkang.

"Di Pulau Pinang hari ini, sudah ada kesedaran di kalangan pengundi Cina, tidak ada pilihan parti yang lebih baik selain BN... orang Kelantan (pula) sudah bersemangat dengan 'gelombang merah'," katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat di sini, Ahad.

Muhyiddin berkata beliau tahu ada kawasan yang dikuasai BN menjadi sasaran pembangkang untuk menabur 'janji alpa', memberi 'bintang' dan 'matahari jatuh ke riba' kerana pilihan raya semakin hampir.

Beliau berkata kredibiliti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan ingin mengambil alih kepimpinan kerajaan, turut terjejas apabila masih gagal menafikan pelbagai tuduhan terhadapnya.

Katanya, kredibiliti Anwar juga semakin dipersoal apabila gagal menafikan tuduhan memiliki 20 akaun di luar negara berjumlah RM3 bilion.

Selain itu, Muhyiddin berkata anggota dan penyokong BN perlu ingat kedudukan kerusi dalam pilihan raya adalah penting kerana kekalahan atau kekurangannya boleh menyebabkan BN tidak dapat membentuk kerajaan atau menguasai dua pertiga Dewan Negeri atau Parlimen.

"Dalam pilihan raya, kerusi itu penting, BN pernah kalah dan menang. Kita tidak dapat peroleh dua pertiga di Dewan Rakyat. Ini membuktikan pilihan raya kita adil dan tidak ada penipuan," katanya.

Pada majlis Kenduri Rakyat itu, Timbalan Perdana Menteri bersama pemimpin B Ndan tempatan menyertai rakyat menikmati jamuan makan tengah hari di Padang Astaka Batu Kurau.

Terdahulu, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke Perak, sempat mengadakan tinjauan mesra di Pasar Minggu Changkat Jering di Taiping dan menghadiri Program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Kamunting.

Beliau kemudian ke Ipoh sebelum berlepas pulang ke ibu negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan