Muhyiddin Lancar 1-MFF Sempena Hari Bapa

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Gerakan 1Malaysia Utamakan Keluarga (1-MFF) sempena sambutan Hari Bapa pada Ahad.

Majlis pelancaran itu diadakan di gerai pameran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang dibuka sempena Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Perak di Advance Technology Training Centre (ADTEC), Kamunting, di sini.

Gerakan 1-MFF dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN bertujuan meletakkan perspektif keluarga dalam segala usaha perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi negara.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan 266,000 baucer saringan kesihatan kepada seorang wakil bapa untuk diagihkan kepada golongan bapa tunggal.

Terdahulu, semasa berucap melancarkan program Jelajah Janji Ditepati itu, Muhyiddin turut mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di negara ini.

"Hari ini 17 Jun adalah Hari Bapa. Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa. Pengorbanan dan kasih sayang bapa besar nilainya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan