Mendukung Anak Buat Pertama Kali Adalah Satu Keajaiban Seperti Ke Angkasa Lepas – Dr Sheikh Muszaphar

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Sheikh Muszaphar (kanan) bersama anak perempuannya, Sophea Isabella. Foto ART CHEN
Dr Sheikh Muszaphar (kanan) bersama anak perempuannya, Sophea Isabella. Foto ART CHEN

KUALA LUMPUR: Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memikirkan bahawa kehidupannya tidak setinggi sejak memasuki ruang angkasa pada tahun 2007.

Pandangan itu dirasai beliau sehinggalah kelahiran anak perempuannya Sophea Isabella pada Julai tahun lalu.

“Semangat saya mengenai angkasa sejak saya berumur 10 tahun. Selepas 25 tahun, saya mencapai impian saya dan ketika itu merupakan saat paling indah dan menakjubkan dalam hidup saya,” kata beliau.

“Ia adalah sama seperti keajaiban dan menakjubkan apabila Sopha buat pertama kalinya berada di pangkuan saya,” kata beliau yang pertama kali menjadi bapa, sambil menambah bahawa beliau menangis sewaktu anaknya dilahirkan.

“Ia merupakan pengalaman yang berbeza apabila pergi ke angkasa lepas, tetapi kedua-duanya memang indah. Bella (panggilan untuk anak perempuannya) melengkapkan kehidupan kami,” katanya.

Seperti kebanyakan bapa lain, Dr Sheikh Muszaphar, 40, berada bersama di sisi isterinya, Dr Halina Mohd Yunos sewaktu mahu melahirkan anak.

“Kami memutuskan untuk kaedah bersalin yang lebih semulajadi selepas kajian yang meluas tetapi beliau masih melalui tempoh bersalin yang sangat panjang, jadi bila Bella dilahirkan, dia menjadi anugerah terindah daripada Tuhan,” katanya.

Beliau dan isteri akan membesarkan anak mereka apabila memutuskan untuk tidak menggaji pengasuh.

“Waktu bekerja kami berdua panjang tetapi saya bernasib baik kerana mempunyai jadual yang lebih fleksibel sebagai felo penyelidikan di Institut Sains Angkasa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya aktif memberikan ceramah, terutama di arena antarabangsa, tetapi apabila saya pulang ke rumah, saya akan mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga anak.

“Saya mandikan dia, menukar lampin dan memberi dia makan,” kata beliau, sambil menambah bahawa misi terbesar beliau pada masa ini adalah mahu melatih anak perempuannya untuk menjadi angkasawan wanita pertama Malaysia.

“Begitulah cara ayah saya memupuk minat saya dalam perubatan dengan mendedahkan saya tentang sains dan doktor sebagai kerjaya pada usia muda.

“Bagaimanapun, apabila saya memberitahu ayah bahawa saya juga meminati angkasa, beliau amat menyokong saya, beliau memberi galakan dan membelikan saya banyak buku mengenai angkasa,” kata beliau.

Jika anak perempuannya mengambil keputusan untuk tidak mengikut jejak langkah beliau, Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau akan menyokong kerjaya yang lain.

“Sehingga itu, saya akan membacakan cerita-cerita mengenai penjelajahan angkasa dan pengembaraan ke Marikh bagi memupuk minatnya,” katanya.

“Saya mahu memberi persediaan kepada dia dari segi fizikal, mental dan psikologi,” kata beliau, sambil menambah bilik anak perempuannya telah dihiasi dengan galaksi dan planet-planet.

“Tetapi kami tidak akan memaksa dia, kerana akhirnya ia terletak pada pilihannya sendiri.”

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan