Lapan Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Di Selangor, W.Persekutuan

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 11 pagi Sabtu, berbanding tiga kawasan pada Jumaat.

Lapan kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Port Klang (142), Cheras (133), Petaling Jaya (131), Shah Alam (130), Batu Muda (128), Banting (120), Kuala Selangor (101) and Putrajaya (101).

Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala 10 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di negara ini yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang ketika ini adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Sementara itu jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi Bernama berkata jarak penglihatan yang dicacat di Subang, Selangor pada 3 petang ini adalah terhad sejauh satu kilometer sahaja.

Beliau berkata bacaan yang dicatat itu tidak berbeza dengan bacaan yang dicatat sejak 4 pagi ini.

"Jarak penglihatan di Petaling Jaya pula berkurang kepada dua kilometer pada 3 petang ini berbanding tiga kilometer pada sebelah pagi," katanya.

Beliau berkata jarak penglihatan di Sepang pula adalah tiga kilometer berbanding hanya dua kilometer pada 10 pagi tadi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan