Kerajaan Tunai Janji Pastikan Perpaduan Di Kalangan Rakyat - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Selain memastikan pembangunan dan ekonomi stabil, perpaduan kaum yang terjalin erat sejak lebih 55 tahun lepas adalah antara janji yang telah ditunaikan kerajaan kepada rakyat negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dasar-dasar yang telah dilaksana oleh kerajaan berjaya memupuk dan mengeratkan perpaduan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Janji kami kepada rakyat, janji kami kepada orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan sebagainya bahawa walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, kerajaan kita harus mewujudkan situasi hubungan yang baik.

"Maka, Alhamdulillah kerjasama dan perpaduan telah dapat dijalin selama lebih 55 tahun, terbukti amat berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Jelajah Janji Ditepati di sini, Ahad.

Beliau berkata, sehubungan itu, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara contoh kerana rakyatnya yang bersatu dan bekerjasama dalam soal ekonomi, politik dan kebudayaan walaupun mempunyai latar belakang berbeza.

Muhyiddin berkata, terdapat teori sosiologi yang menyatakan bahawa negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum akan menghadapi masalah dalam hubungan antara kaum, namun menurut timbalan perdana menteri perkara itu tidak berlaku di Malaysia.

Beliau berkata, sebagai contoh, buku yang bertajuk The Plural Society yang ditulis oleh ahli sosiologi, M.G Smith menyatakan bahawa negara yang mempunyai pelbagai kaum akan berhadapan dengan masalah kaum yang berlarutan.

"Mereka (ahli sosiologi) mengambil contoh negara yang berhadapan masalah ini akan menghadapi masalah hubungan antara kaum dan ia menyebabkan pembangunan rakyat terjejas dan negara itu tidak maju seperti yang dikehendaki rakyat.

"Tetapi teori yang disebutkan tadi dapat kita tidakkan dengan terbukti jelas di Malaysia walaupun kita berlatar belakangkan adat resam dan budaya berbeza dengan pelbagai warna kulit (perkara itu tidak berlaku)," katanya.

Beliau berkata, masalah yang berlaku akibat daripada perbezaan agama dan budaya akan membawa kesan buruk kepada segala usaha yang telah kerajaan lakukan untuk memaju dan memakmurkan negara.

Muhyiddin berkata, oleh demikian, kerajaan tidak akan membenarkan pihak tertentu dengan tujuan dan kepentingan tertentu melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan rasa tidak senang antara kaum di negara ini.

"Ada undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka seperti undang-undang hasutan dan undang-undang lain untuk mencegah perkara itu daripada berlaku supaya kita dapat hidup aman," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan memastikan hubungan baik antara kaum ini kekal bagi memastikan segala perancangan yang dibuat untuk rakyat dapat dilaksanakan.

Selain itu, katanya, kerajaan komited untuk melaksanakan agenda pembangunan untuk segenap lapisan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan