Enam Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 7 pagi Ahad berbanding lapan pada Sabtu.

Enam kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Pelabuhan Klang (113), Shah Alam (125), Petaling Jaya (110), Kuala Selangor (113) di Selangor serta Cheras (106) dan Batu Muda (108) di sini.

Sebanyak 39 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana berdasarkan bacaan dari 51 stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala 8 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di negara ini yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya di mana 70 peratus kawasan di seluruh negara berada di tahap bacaan IPU sederhana, 18 peratus di tahap baik dan hanya 12 peratus di tahap tidak sihat.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang ketika ini adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa tempat di Selangor, wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pagi Ahad.

Menurut laman sesawang jabatan itu, Malaysia kini dilanda Monsun Barat Daya, yang menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering, dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga September. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan