30,000 Guru Kelantan Sokong BN - Awang Adek

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Majoriti lebih 30,000 guru di Kelantan kini menyokong Barisan Nasional (BN) yang menjadi penanda aras bahawa parti komponen itu mampu merampas tampuk pemerintahan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata golongan itu juga sanggup bekerja keras bagi memastikan B Nkembali berkuasa.

"Mereka telah memberi keyakinan yang tinggi pada setiap program (Umno) yang diadakan sejak akhir-akhir ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Kesejahteraan Guru 1Malaysia di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini.

Lebih 1,000 guru yang berpakaian merah menyertai perhimpunan itu, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussin Awang dan Pegawai PPD Bachok Saufi Abdul majid.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata perspektif buruk sangka kaum guru terhadap kerajaan pusat kini sudah berubah apabila mereka benar-benar memahami dasar baru yang diperkenalkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata guru mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat dan mampu memperjelas dasar itu kepada penduduk dengan tepat supaya rakyat tidak mudah dipengaruhi pembangkang.

Sementara itu, Hussin ketika berucap berkata golongan guru tidak mempunyai sebab untuk tidak menyokong kerajaan sedia ada kerana kepentingan mereka sudah diambil kira, dan kesemua janji kepada mereka ditunaikan.

"Ini termasuk peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dan tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding sebelum ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan