Tiada Kes Baru H1N1 Dilaporkan Di Kem PLKN Kedah - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Wabak Influenza A (H1N1) di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah di bawah kawalan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tidak ada kes baru sejak Khamis.

Sembilan puluh pelatih PLKN di kem PLKN Dusun Minda Kuala Nerang, Kedah, telah dikuarantin dua hari lalu selepas dijangkiti H1N1.

"Kami berhati-hati memastikan bahawa virus itu tidak merebak," kata Liow semasa lawatan ke Hospital Kajang, Jumaat.

Beliau berada di sana untuk melihat tapak cadangan blok wad hospital, yang akan menelan kos RM3 juta.

Di Alor Setar, 14 daripada 21 pelatih yang dimasukkan ke wad empat hari lalu telah dibenarkan keluar dari hospital.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan kedah Dr Ismail Abu Taat berkata seramai 14 pelatih dibenarkan kembali ke kem semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka dikuarantin bersama-sama dengan pelatih lain yang mempunyai gejala Influenza A sebagai langkah berjaga-jaga.

Dr Ismail menegaskan bahawa jabatan itu telah memantau semua pelatih yang dikuarantin di kem itu, sambil menambah mereka sedang dirawat dengan ubat anti-virus oleh doktor dan jururawat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tujuh pelatih masih berada di wad berada dalam keadaan stabil.

Semua pelatih telah diberikan topeng muka untuk dipakai sejak Selasa dengan aktiviti-aktiviti yang terhad kepada latihan ringan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan