Pengundi Muda Jadi Penentu Keputusan Pilihan Raya - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengundi muda akan menjadi penentu keputusan pilihan raya umum akan datang, kerana mereka terdiri daripada 40 peratus daripada pengundi.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamalluddin berkata sokongan golongan muda akan menentukan masa depan parti itu, sambil menyeru pergerakan pemuda untuk terus melibatkan diri bersama rakan-rakan mereka.

"Pengiraan dan unjuran menunjukkan keputusan (pilihan raya) akan bergantung kepada pengundi baru, dan ramai pengundi baru adalah pengundi muda. Mereka akan menjadi penentu keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemuda PPP di sini, Sabtu.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan awal tahun ini menunjukkan 62 peratus daripada pengundi muda masih belum memutuskan untuk mengundi sesiapa dan Khairy menyeru pemimpin-pemimpin pemuda untuk mendekati mereka.

"Ramai pengundi muda masih neutral, dan kita mesti melibatkan mereka. Tidak hanya melalui program-program politik tradisional seperti ceramah, kerana kebanyakan yang menghadiri ceramah telah pun memutuskannya.

"Kita boleh mempunyai projek kemasyarakatan melalui institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Terdapat kira-kira dua juta pengundi baru daripada sejumlah 13 juta pengundi, dan Khairy berkata adalah menjadi satu cabaran untuk meyakinkan mereka kerana mereka "mempunyai pemikiran mereka sendiri".

"Mereka masih membaca akhbar-akhbar arus perdana, tetapi mereka juga membaca laman-laman web dan aktif dalam media sosial. Mereka akan membaca segala-galanya dan membuat keputusan berdasarkan hujah yang mereka percaya," katanya.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menggunakan kawasannya sebagai contoh.

"Pada tahun 2008, terdapat 60,000 pengundi di Rembau, dan sekarang ada 73,000. Saya menang dengan majoriti 6,000.

"Jika semua 13,000 pengundi baru menentang saya, saya boleh tutup kedai," katanya.

Walaupun mengakui penat untuk kekal di dalam kawasan yang dipegang, Khairy menggesa pemuda Barisan Nasional terus bekerja keras untuk memenangi hati rakyat.

"Ia sangat memenatkan dengan tarikh pilihan raya yang akan diumumkan bila-bila masa," katanya, merujuk kepada spekulasi yang meramalkan pilihan raya umum akan diadakan akhir tahun lalu, awal dan pertengahan tahun ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan