MIC Minta Tambah Kuota Pelajar India Di Matrikulasi - Palanivel

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: MIC akan membuat permohonan untuk menambah kuota pelajar India bagi mengikuti program di kolej matrikulasi kerajaan pada tahun depan, kata presidennya Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata jumlah pelajar India mengikut program matrikulasi telah ditambah daripada 500 kepada 1,500 pada sesi 2012/2013.

Daripada jumlah itu, lebih 700 pelajar India telah diterima untuk memasuki kolej matrikulasi pada tahun ini, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang 'Maanavar Mulakkam 2' iaitu Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan 2012 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, Sabtu.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau yakin kuota 1,500 tempat yang disediakan untuk tahun ini dapat dipenuhi.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, beliau enggan mengulas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan