Malaysia Meterai Perjanjian Miliki Panda Gergasi 10 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia pada Jumaat memeterai perjanjian yang akan menyaksikan negara memiliki panda gergasi selama 10 tahun.

Majlis bersejarah itu diadakan di pejabat perdana menteri di bangunan Perdana Putra di sini.

Perjanjian itu adalah antara Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China dan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan