Lim Harus Bertanggungjawab Terhadap Pembangunan Lereng Bukit Di P.Pinang - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap pembangunan di lereng bukit yang dilaporkan semakin rancak sehingga menjejaskan alam sekitar di negeri ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabtu.

Kerajaan pusat telah menyediakan garis panduan dan peraturan pembangunan di kawasan bukit tetapi kerajaan negeri ini dilihat sebagai tidak mematuhinya, katanya kepada pemberita selepas menghadiri menghadiri majlis perhimpunan warga industri bersama Timbalan Perdana Menteri di sini.

Muhyiddin berkata Lim seolah-olah membenarkan projek pembangunan tinggi di lereng bukit itu secara sesuka hati dengan mengabaikan garis panduan yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai projek pembangunan lereng bukit yang semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang sekarang.

Pada perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membenarkan cadangan membina sekolah tinggi Cina bebas di Kuantan dan akan berbincang lanjut perkara itu dengan kepimpinan MCA.

"Pada umumnya kita setuju. Format sekolah itu kita akan bincang. Kita akan berbincang secara terperinci bagaimana ia akan diwujudkan," katanya.

Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan, Pahang 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu.

Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu.

Mengenai cuaca jerebu yang sedang melanda negara, beliau berkata Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan kepada semua sekolah sebagai panduan bagi menjalankan aktiviti luaran.

Katanya, jika keadaan jerebu semakin serius, pihak sekolah dinasihatkan supaya mengehadkan kegiatan luar bagi mengelakkan kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

Dalam satu kenyataan Sabtu, Jabatan Alam Sekitar berkata keadaan jerebu di Pelabuhan Klang, Cheras, Petaling Jaya, Shah Alam, Batu Muda, Banting, Kuala Selngor dan Putrajaya dilaporkan tidak sihat.

Menjawab soalan mengenai penerimaan rakyat Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional sekarang, Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil maklum balas yang diterimanya, rakyat negeri ini kini memberi sokongan luar biasa.

"Kita mendapat maklumat bahawa mereka tidak mendapat pembelaaan daripada kerajaan negeri dan disebabkan itu semangat mereka untuk menyokong BN adalah tinggi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan