Jerebu: Jabatan Pesakit Luar Diminta Tingkat Operasi

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Pesakit Luar di hospital kerajaan diminta supaya meningkatkan perkhidmatan dan operasi mereka kerana pesakit yang mempunyai masalah respiratori dan mata dijangka meningkat dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cuaca yang berjerebu kebiasaannya akan memberi kesan kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan dan mata.

"Memang kebiasaan apabila cuaca berjerebu, pesakit yang mempunyai masalah pernafasan dan kes respiratori akan meningkat. Justeru Jabatan Pesakit Luar perlu lebih bersedia dengan situasi ini dan memberikan bantuan yang lebih cepat bagi membantu pesakit-pesakit berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan ambulans kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Nooraini Baba.

Liow turut menasihati orang ramai khususnya yang mempunyai masalah pernafasan agar mengurangkan aktiviti luar, minum lebih banyak air dan memakai penutup mulut sekiranya berada di luar rumah.

"Kita juga sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memantau situasi jerebu dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai Indeks Pencemaran Udara dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kecemasan, Kementerian Kesihatan telah meningkatkan waktu maklum balas untuk setiap kes kecemasan kepada 15 minit daripada 30 minit.

Justeru katanya pihaknya akan menambah bilangan ambulans dari 1,861 buah kepada 2,500 buah menjelang tahun depan bagi mencapai hasrat tersebut.

"Buat masa ini kita telah menambah sebanyak 300 ambulans di seluruh negara manakala untuk negeri Pahang kita serahkan sebanyak lapan buah ambulans tahun ini," katanya.

Dr Nooraini dalam ucapannya berkata ambulans yang diterima itu akan ditempatkan di Klinik Kesihatan (KK) Ulu Gali, Raub; KK Bukit Mendi dan Triang, Bera; KK Padang Rumbia, Pekan; KK Jengka 2, Maran; KK Balok, Kuantan; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan HTAA, Kuantan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan