Dua Anggota PKR Disiasat Berhubung Aduan Seleweng Baucar Program Jom Shopping

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) disiasat berhubung aduan penyelewengan baucar program 'Jom Shopping' yang diperkenalkan kerajaan PKR Selangor, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, seorang daripada mereka digantung keanggotaan dalam parti sementara siasatan dijalankan.

Saifuddin berkata, tindakan itu diambil setelah menerima maklum bahawa kerajaan Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan baucar program 'Jom Shopping' yang melibatkan dua anggota parti itu.

"PKR memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik pada Rabu, 13 Jun 2012, telah meminta Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," kata beliau dalam satu kenyataan, Jumaat.

Saifuddin berkata, PKR tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti.

Kerajaan negeri Selangor menawarkan baucar beli-belah bernilai RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri ini sempena program 'Jom Shopping' yang diperkenalkan pada 15 Julai tahun lepas.

Sebanyak RM10 juta diperuntuk untuk program ini melalui keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas perkara itu mengakui bahawa ada segelintir pihak yang menyalahgunakan baucar beli-belah berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri hanya mengenal pasti lima ataupun enam kes seumpama itu.

"Walaupun hanya lima ataupun enam individu terlibat, kerajaan negeri tidak memandang remeh perkara ini dan akan menyerahkan kepada pihak audit (negeri) untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khas bersama rakyat daerah Klang di Kampung Batu 4, Kapar.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mempunyai sistem pangkalan data rapi yang menyimpan senarai nama warga emas yang layak mendapat baucar itu.

Katanya, setakat ini sejumlah RM8 juta dibelanjakan untuk program itu dan hanya sekitar RM6,000 yang diragui perbelanjaannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan