Penyenaraian FGVBH Di BSKL, Peneroka Bakal Peroleh Faedah Sepanjang Hayat

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Peneroka tanah rancangan Felda bakal memperoleh faedah sepanjang hayat susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVHB) di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, ini kerana selain setiap peneroka mendapat 'durian runtuh' RM15,000 dan 800 unit saham, mereka juga memiliki saham 20 peratus dalam FGVHB.

"Kalau masih ingat lagi kita simpan peruntukan 37 peratus itu kepada Koperasi Pengguna Felda (KPF). Tapi oleh kerana KPF tidak dapat menyertai maka 20 peratus itu kita letak di bawah tabung amanah dan 17 peratus lagi dipegang oleh pihak Felda.

"Dengan itu 20 peratus ini akan jadi milik peneroka selama-lamanya iaitu selagi wujud FGVHB, selagi itulah mereka mempunyai saham 20 peratus, tanpa mengeluarkan sebarang modal...mereka tidak perlu beli saham, bayar yuran dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guru peringkat Daerah Port Dickson 2012 di sini Jumaat.

Menurutnya sebagai contoh, katalah selepas satu tahun untung RM100 juta, bermakna 20 peratus daripada RM100 juta mungkin ada RM20 juta, jadi RM20 juta itu akan dibahagi kepada 112,635 peneroka terbabit.

Katanya, kalau besarlah keuntungannya, maka besarlah pendapatannya dan mereka akan dapat selama-lamanya.

Mohd Isa yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang berkata, penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan insya-Allah pada 28 Jun ini FGVHB akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Katanya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan fasa kedua pemberian bonus RM5,000 sempena sambutan Hari Peneroka di Kuala Lumpur pada 7 Julai ini, serentak dengan perasmian Menara Felda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan