Jangkitan H1N1 Di Kem PLKN Dusun Resort Terkawal

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jangkitan virus H1N1 di kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah adalah terkawal dan tiada kes kritikal.

Beliau berkata daripada 96 pelatih yang dikuarantin semalam kerana dijangkiti virus itu, hanya tinggal 21 orang sahaja yang masih menerima rawatan dengan 15 daripada mereka masih diasingkan di Hospital Kuala Nerang.

"Pelatih yang dikuarantin di kem terus diberikan rawatan, diharap ibu bapa jangan bimbang kerana keadaan terkawal dan tiada kes-kes yang kritikal. Virus ini bukan baru, ia memang sudah ada di negara kita, ia mudah merebak jika kita berada di dalam kumpulan yang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kelab Doktor Muda dan Kementerian Pelajaran di sini, Jumaat.

Semalam, seramai 96 daripada 300 pelatih PLKN di kem itu dikuarantin kerana dijangkiti virus H1N1 dan daripada jumlah itu, 18 pelatih dirawat dan dikuarantin di Hospital Kuala Nerang manakala 78 lagi dikuarantin di blok khas di kem itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan