Dewan Gamat Kisah Bomoh

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gelagat beberapa anggota Parlimen yang saling bertingkah pendapat soal siapa paling banyak menggunakan khidmat bomoh, antara kaum wanita dan lelaki, menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Datuk Bung Moktar Radin(BN-Kinabatangan) menarik perhatian anggota persidangan apabila mendakwa kaum wanita lebih cenderung menggunakan khidmat bomoh sehingga ada yang terpedaya kerana terlalu mempercayai 'doktor moden' itu.

"Dari pengamatan saya kaum ibu yang paling suka jumpa bomoh untuk macam-macam sebab, asal ada yang musykil sahaja pergi jumpa bomoh...ini benar-benar berlaku," katanya ketika mencelah ucapan Datuk Idris Haron(BN-Tangga Batu) yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perubatan(Pindaan)2012.

Dakwaan Bung menarik perhatian Datuk Halimah Mohd Sadique(BN-Tenggara) yang bangkit menyangkal kenyataan itu kerana menyifatkannya tidak berasas.

"Saya tidak berapa setuju dengan kenyataan Yang Berhormat pasal wanita teramai guna bomoh...Yang Berhormat ada buat kajian kah? "Saya rasa sekarang sementara menunggu perdana menteri umum tarikh pilihan raya, paling ramai kaumlelaki yang jumpa bomoh," sindirnya yang mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir.

Cuba mempertahan pandangannya, Bung Moktar berkata dakwaan itu berdasarkan banyaknya laporan media yang mengaitkan kaum wanita dengan kegiatan bomoh.

"Kalau Yang Berhormat tak percaya boleh langgan Harian Metro yang banyak selongkar masalah ini...itu yang saya buat sebagai rujukan," katanya yang sekali lagi menggamatkan suasana dewan.

Perselisihan pendapat antara kedua-dua anggota Parlimen itu diredakan Idris yang mengakui tidak boleh berpihak kepada mana-mana rakannya, tetapi sempat mengusik Bung Moktar.

"Yang Berhormat Kinabatangan pernah kena bomoh ke? Tetapi rasanya tak pernah sebab itu yang berhormat sentiasa berdiri tegak menyatakan pendapat di sini," katanya.

Bagaimanapun kesemua anggota Parlimen itu sependapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal aktiviti dan perkhidmatan bomoh untuk membendung aktiviti bomoh penipu. Anggota Parlimen itu turut meminta kerajaan memantau percambahan pusat-pusat kecantikan yang semakin banyak menawarkan perkhidmatan kesihatan, termasuk pembedahan kecantikan sejak kebelakangan ini.

Persidangan dewan disambung Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan