Tidak Mampu Bayar Hutang Kereta Punca Utama Rakyat Malaysia Bankrap

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak mampu membayar hutang sewa beli kenderaan merupakan punca utama kebankrapan rakyat Malaysia, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ia mencatatkan sebanyak 29,338 kes (25 peratus) daripada 116,379 kes yang direkodkan sejak 2005 hingga April lalu.

Punca kedua tertinggi ialah ketikdakmampuan membayar pinjaman peribadi melibatkan 15,299 kes (13 peratus), ia diikuti dengan pinjaman perumahan 14,327 kes (12 peratus), pinjaman perniagaan 13,107 kes (11 peratus) dan pinjaman korporat 6,127 kes (lima peratus). Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang bertanyakan punca kebankrapan, pecahan mengikut umur dan bilangan kebankrapan. Bagi pecahan mengikut umur pula, Nazri berkata, umur 35 hingga 45 tahun mencatatkan jumlah paling ramai, sebanyak 37,493 kes (32 peratus). “Umur 45 hingga 54 tahun sebanyak 30,910 (27 peratus), umur 25 hingga 34 tahun sebanyak 21,353 (18 peratus), umur 55 tahun ke atas sebanyak 14,379 (12 peratus), umur 25 tahun ke bawah 1,617 (satu peratus), manakala sebanyak 10,627 kes (sembilan peratus) tiada maklumat," katanya. Selain itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbang cadangan mengurangkan tempoh pelepasan kebankrapan melalui pembaharuan undang-undang insolvensi.

"Selaras dengan trend insolvensi secara global pada masa ini bercorak lebih memudahkan dan kos efektif, kaedah dan konsep pelepasan secara automatik setelah tamat sesuatu tempoh tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti diamalkan di negara lain juga sedang dikaji kesesuaiannya untuk digunakan di Malaysia," katanya. Dalam pada itu, Mohamed Nazri turut menasihatkan setiap peminjam terutama hutang sosial dan pendidikan agar bertanggungjawab atas pinjaman masing-masing supaya tidak membebankan penjamin sehingga diisytiharkan bankrap. "Sikap bertanggungjawab itu mesti diletakkan kepada anak-anak muda yang telah bersetuju untuk terima pinjaman ini dan jalankan pendidikan mereka.

“Sepatutnyalah mereka yang dapat pinjaman ini bertanggungjawab ke atas pinjaman yang diterima. Kalau tak bayar, yang dibankrap adalah ibu bapa atau saudara-mara terdekat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan