Sultan Johor Bidas Nizar

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Sultan Johor bertitah adalah tidak perlu untuk memberi publisiti kepada semua apa yang baginda telah lakukan untuk kebajikan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda sentiasa menggunakan saluran yang betul untuk melakukan sesuatu.

Oleh itu, titah baginda, orang-orang seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak perlu mengulas mengenai tentang perkara yang beliau tidak tahu.

Baginda bertitah demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian perhimpunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang kelima di sini.

Nizar, Pesuruhjaya PAS Perak, ketika mengulas tawaran Sultan untuk nombor plat kereta WWW 1 dilaporkan berkata, wang itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin.

Sambil menyatakan kemarahan terhadap komen Nizar, baginda bertitah adalah lebih baik Nizar berdiam diri daripada membuat kenyataan.

"Adakah dia lupa adat istiadat Melayu kita atau dia memang jahil dan berfikiran cetek?

"Beliau tidak harus bertindak seperti bijak jika dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang berlaku dan membuat kenyataan apabila tidak tahu perkara sebenar," titah Sultan.

Nombor plat kenderaan WWW 1 itu digunakan untuk kereta nasional Proton Satria milik baginda.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan