SPRM Teliti Kes Anwar Didakwa Kawal 20 Akaun Induk Bernilai RM3 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memberi tumpuan terhadap laporan yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pernah mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bagaimanapun beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana terikat dengan dasar SPRM yang tidak boleh mendedahkan sebarang siasatan.

"Apa sahaja aduan yang mempunyai unsur rasuah kita akan siasat tidak kira siapa yang membuat aduan dan siapa yang dituduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerangan dan Diskusi Meja Bulat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pencegahan Rasuah bersama pelabur asing, di sini Khamis.

Abu Kassim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menimbulkan persoalan mengenai status siasatan SPRM terhadap kes yang didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid.

Murad dalam akuan berkanunnya mendedahkan Anwar semasa memegang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1990-an pernah mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Abu Kassim berkata SPRM juga akan membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung dakwaan memiliki aset melebihi RM30 juta jika pihaknya memperoleh keterangan yang kukuh berhubung dakwaan itu.

"Sekiranya ada keterangan baru yang boleh membawa kepada pembukaannya (fail siasatan) kita akan buka sekiranya tiada kita tidak akan membuka...dasar kita iaitu semua kes yang telah ditutup akan ditutup sehingga ada keterangan baru," katanya.

Baru-baru ini Panel Penilaian Operasi SPRM mengarahkan siasatan dijalankan terhadap Azmin yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997, ketika menjadi setiausaha sulit Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Pengerusinya Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan