Program 1Azam Berkesan Basmi Kemiskinan - PM

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyertaan 80,579 rakyat Malaysia dalam program 1Azam menunjukkan keberkesanannya sebagai usaha strategik kerajaan untuk membasmi kemiskinan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata program yang dimulakan pada 2010 itu menyasarkan penyertaan golongan berpendapatan rendah daripada semua kaum termasuk India, Orang Asli dan Bumiputera.

"Daripada jumlah itu, 3,280 peserta adalah kaum India, 59 peserta etnik Orang Asli dan 390 Bumiputera minoriti," katanya dalam jawapan bertulis kepada Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Chong ingin tahu program yang disasarkan untuk membasmi kemiskinan kaum-kaum berkenaan.

Najib yang memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat membelanjakan RM1.35 bilion sebagai bantuan kebajikan kepada 473,928 penerima seluruh negara.

"Jumlah itu termasuk 52,022 orang kaum India, 1,396 Orang Asli dan 2,323 golongan minoriti," katanya.

Menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Najib berkata selaku menteri bertanggungjawab ke atas kementerian itu, beliau amat komited dalam memastikan pembangunan sosial bergerak seiring dengan pembangunan ekonomi negara.

"Tanggungjawab memimpin kementerian ini membolehkan saya melaksanakan lebih banyak inisiatif yang memberi faedah terus kepada golongan yang memerlukan di peringkat akar umbi.

"Saya berharap semua agensi kerajaan lain dan pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan, sektor korporat, ahli akademik dan anggota masyarakat, dapat berganding bahu bersama saya untuk meningkatkan kemajuan dan kesejahteraan sosial rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan