PAC Digesa Bersidang Bincang Isu KLIA 2 Dan Pelupusan Hutang Tajuddin Ramli

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid digesa segera mengadakan mesyuarat untuk membincangkan empat isu penting yang melibatkan kepentingan negara.

Menurut Naib Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw, terdapat dua isu yang langsung tidak pernah dibincangkan oleh jawatankuasa tersebut ialah mengenai pembinaan terminal Penerbangan Tambang Rendah KLIA 2 dan kes pelupusan hutang bekas Pengerusi Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli.

“Dalam mesyuarat PAC pada 5 Mac lalu, ahli –ahli PAC telah bersetuju supaya pegawai-pegawai dan syarikat berkanun kerajaan dipanggil untuk membincang empat isu yang penting.

“Isu-isu yang telah dipersetujui ialah perbelajaan Pusat Fidlot Nasional (PFN), pembinaan KLIA 2, pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pelupusan hutang Tajuddin Ramli,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Lobi Parlimen pada Khamis.

Turut hadir adalah ahli jawatankuasa PAC wakil daripada Pakatan Rakyat, Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), William Leong (PKR-Selayang), Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).

Mengulas lanjut, Tan Seng Giaw yang juga Naib Pengerusi DAP berkata wakil pembangkang dalam PAC melahirkan rasa kecewa kerana tiada mesyuarat diadakan untuk membincangkan perkara-perkara tersebut selepas tiga bulan.

Menurutnya, mesyuarat terakhir PAC telah diadakan pertengahan Mac lalu.

“Kami ingin melahirkan rasa kecewa kerana tiada mesyuarat yang dipanggil utuk membincangkan perkara-perkara tersebut selepas tiga bulan. Malah dokumen-dokumen yang diminta secara rasmi oleh PAC daripada 1MDB juga masih belum diperolehi.

“Sebagai ahli PAC yang bertanggungjawab dan demi kepentingan rakyat dalam isu-isu yang telah ditetapkan, kami berharap Azmi akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin dengan pegawai-pegawai berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat banyak kes yang masih menimbulkan syak wasangka maka PAC perlu mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap untuk menyiasat kes-kes yang menimbulkan masalah.

“Kita ada banyak kes yang masih timbulkan syak wasangka dan masalah, kita perlu mesyuarat acap kali untuk siasat kes-kes yang timbulkan masalah. “Sebab itu kita selalu tekankan pengerusi PAC perlu dari pembangkang kerana kita khuatir kalau ada kes-kes besar ia tidak akan dibangkitkan kerana mereka takut,” katanya.

Sementara itu, Kamarudin berkata sebagai Jawatankuasa Tetap Parlimen, PAC perlu terus bersidang selagi Parlimen belum dibubarkan.

“Dalam mesyuarat terakhir 5 Mac 2012, kita bersama telah setuju hendak bermesyuarat dengan lebih kerap bagi membincangkan isu-isu yang telah dibangkitkan.

“PAC perlu dimaklumkan mengenai butiran-butiran perjanjian kes Tajuddin. Ramli, namun ada pula Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan, sedangkan kes yang sebelum ini belum selesai lagi, jadi kami minta adakan mesyuarat seberapa kerap dan dengan segera,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan