Keputusan Lakukan Ibadah Haji Terletak Atas Pilihan Sendiri - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam, khususnya anggota PAS, yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, tidak perlu mengambil kira bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan.

Beliau berkata Rukun Islam kelima itu adalah kewajipan yang ditentukan ke atas umat Islam yang berkemampuan dan mereka yang berpeluang untuk menunaikan ibadah itu akan pergi sekiranya mereka tidak mengutamakan kepentingan politik daripada tuntutan agama.

"Pertimbangan untuk membuat pilihan pergi haji atau tidak terletak pada pilihan individu itu sendiri, bukan pertimbangan Mursyidul Am PAS, anggota PAS, saya atau Perdana Menteri.

"Adalah tidak wajar kalau sampai giliran, seperti mengikut Tabung Haji, tetapi hanya kerana pilihan raya yang mereka sendiri tidak tahu bila tapi hanya dengar cakap Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) supaya jangan pergi, jadi dia tak pergi...mana yang lebih afdal," katanya kepada pemberita selepas majlis "Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri" di sini, Khamis.

Muhyiddin mengulas mengenai permintaan Pas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi jaminan supaya pilihan raya umum ke-13 akan datang, tidak akan diadakan ketika musim haji tahun ini.

Muhyiddin berkata keputusan tarikh pilihan raya terletak atas pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mesti mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

"Perdana Menteri perlu mengambil kira semua perkara dan situasi yang memenuhi soal kekuatan kerajaan, soal sokongan rakyat dan faktor-faktor lain," katanya.

Justeru itu, beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya supaya umat Islam membuat pertimbangan sendiri mengenai kewajipan mereka menunaikan haji tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa pembangkang mampu menguasai lebih 100 kerusi Parlimen pada pilihan raya akan datang, Muhyiddin berkata pembangkang sengaja mencetuskan 'perang saraf' untuk mempengaruhi rakyat.

Muhyiddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya Umum ke-13 BN berkata setiap parti politik mempunyai strategi tersendiri untuk memdapatkan sokongan rakyat.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan