Jeffrey Kitingan Akan Bertanding Di Parlimen Keningau

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pengerusi The State Reform Party (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi Parlimen Keningau dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekali lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.

"Saya akan bertanding di Keningau. Saya berharap beliau (abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) tidak akan merebut kerusi itu lagi. Beliau sudah berkhidmat bagi kawasan itu selama 30 tahun. Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Pairin adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri Sabah, Anggota Parlimen bagi Keningau dan Anggota Dewan Undangan negeri Tambunan.

Pada pilihan raya umum 2008, Jeffrey bertanding menentang Pairin di kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan tetapi dikalahkan oleh abangnya.

Beliau juga bertanding di DUN Bingkor tetapi dikalahkan oleh calon Barisan Nasional, Justine Guka dengan 171 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan dua calon Bebas lain - Victor Leornadus dan Uling "Sedapat mungkin saya berharap ini tidak terjadi, namun merasakan kawasan di sana sangat-sangat mengharapkan perubahan."

"Dengan lain perkataan, mereka inginkan sesuatu yang baru. Ia tidak ada kena mengena dengan keluarga, lebih kepada politik," katanya.

Jeffrey, seorang lulusan Harvard, telah bertukar parti politik beberapa kali sejak dua dekad lalu pernah menganggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR Bersatu) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Beliau juga pernah menyertai PKR dan kemudian dilantik sebagai naib presiden parti itu sehinggalah beliau meletakkan jawatannya pada 28 Oktober 2009.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan