Hanya Kerajaan Berpengalaman Mampu Beri Masa Depan Lebih Baik - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hanya kerajaan yang berpengalaman serta banyak menabur bakti dan jasa kepada negara mampu memberi masa depan yang lebih baik kepada rakyatnya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, berkata sebagai kerajaan yang mempunyai perancangan jelas dan hala tuju, pelbagai inisiatif di bawah program transformasi telah dilaksanakan BN bagi memastikan masa depan rakyat terjamin.

"Kita beri jaminan, selagi BN mendapat sokongan rakyat, usaha-usaha seperti mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan jumlah pendapatan rakyat akan diteruskan. Inilah jaminan kita, beri sokongan padu pada pilihan raya nanti.

"Kerjasama antara rakyat dan kerajaan adalah paksi untuk menjamin masa depan yang lebih baik," katanya pada majlis sepetang bersama rakyat di PPR Kampung Muhibbah, Jalan Puchong-Kuala Lumpur, di sini.

Program itu adalah sempena lawatan kerja sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khamis. Muhyiddin berkata gelombang baru juga telah wujud berikutan keupayaan BN untuk melaksanakan perubahan yang lebih baik.

Katanya ini dapat dilihat apabila ribuan penduduk PPR Kampung Muhibbah menyambut kedatangan pemimpin BN ke kawasan itu berbanding hanya ratusan sahaja yang hadir apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengunjunginya.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat harus bijak dalam membuat penilaian dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan yang ditimbulkan pembangkang.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM1.6 juta untuk pembinaan surau dan dewan serbaguna bagi kemudahan penduduk di kawasan itu.

Lebih 10,000 orang mendiami PPR Kampung Muhibbah, yang terdiri daripada pelbagai kaum, sejak 2003. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan