Dakwaan PRU Musim Haji: Mat Sabu Bukan Malaikat - Ibrahim Ali - Berita Semasa | mStar

Dakwaan PRU Musim Haji: Mat Sabu Bukan Malaikat - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi PAS, Mohamad yang menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai individu yang wajib menanggung dosa jika Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) diadakan pada musim haji.

Menurut Ibrahim, kenyataan sedimikian tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin dari parti yang mewar-warkan mereka memperjuangkan Islam.

“Mohamad (Mat Sabu) ini bukan malaikat. Menjatuhkan hukum berdosa pada seseorang itu bukan kerja dia (Mat Sabu).

“Saya pun boleh jatuhkan hukum pada Mat Sabu ni. Saya kata jika dia cakap itu ini dia tanggung dosa,” kata Ibrahim ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

Menurut beliau, isu tarikh PRU ketika musim haji ini sengaja dimainkan oleh PAS kononnya yang mereka bimbang jika PRU berlangsung pada musim haji akan merugikan mereka.

Ibrahim turut menyangkal dakwaan tersebut memandangkan mereka yang menunaikan haji bukan datangnya dari kalangan penyokong PAS sahaja.

“Apa dia (Mat Sabu) ingat orang yang pergi Mekah ini orang yang sokong PAS sahajakah? Orang yang tidak sokong PAS tak pergi ke Mekah?” soal Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Mat Sabu sebelum ini mengeluarkan kenyataan Najib seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab sekiranya beliau mengumumkan tarikh PRU pada musim haji kerana beliau mempunyai tempoh masa yang panjang untuk menentukan tarikh pilihanraya. Menurut beliau, perkara ini nyata boleh mengganggu konsentrasi dan persiapan bakal haji.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan