Cuepacs Sambut Baik Naik Had Umur Persaraan Pekerja Swasta

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman mengalu-alukan pembentangan cadangan menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 tahun di Dewan Rakyat, Rabu.

Omar berkata cadangan itu jika diluluskan adalah selaras dengan keputusan kerajaan menaikkan had umur bersara kepada penjawat awam baru-baru ini.

"Ia juga akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara Asia lain yang telah menaikkan had umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun," katanya kepada pemberita di bengkel Suruhanjaya Transformasi Perkhidmatan Awam, di sini, Khamis.

Beliau bagaimanapun mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu mekanisme bagi memantau pelaksanaan cadangan kenaikan had umur persaraan itu bagi mengelakkan adanya majikan yang mengambil kesempatan mengurangkan pekerja sewenang-wenangnya.

Menurut Omar, langkah itu penting kerana denda RM10,000 kepada syarikat besar yang memberhentikan pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun, boleh dianggap tidak begitu berat.

Beliau berkata cadangan itu wajar dimulakan kepada syarikat swasta secara berperingkat kerana ia turut melibatkan syarikat perusahan kecil dan sederhana (PKS) supaya tidak menyulitkan mereka.

Sementara itu, mengenai bengkel berkenaan, Omar berkata tumpuan diberikan bagi mencari formula penambahbaikan terhadap Skim Saraan Malaysia (SSM) dan kesan daripada pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

"Hasil daripada rumusan bengkel selama tiga hari ini akan dikemukakan kepada perdana menteri," katanya sambil menegaskan ia diadakan sebagai bukti bahawa Cuepacs tidak hanya menjadi kumpulan pendesak tetapi turut memberi penekanan terhadap usaha penambahbaikan perkhidmatan awam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan