Cadangan Nama Panda Dalam Laman Facebook 'Ah Jib Gor' Menarik Perhatian

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permintaan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pengikut laman Facebook berbahasa Cinanya mencadangkan nama untuk dua beruang panda yang akan dipinjamkan oleh negara China, mengundang pelbagai reaksi terutama daripada masyarakat Cina tempatan.

Setakat tengah hari ini, entri Perdana Menteri mengenai perkara itu menarik lebih 400 komen.

Pelbagai nama menarik dalam bahasa Mandarin dilontarkan dalam laman Facebook 'Ah Jib Gor' (Abang Najib) itu, antaranya 'Wen Wen' dan 'Xin Xin' (Wen Xin bermaksud harmoni), 'He He' dan 'Ping Ping" (He Ping bermaksud aman damai) selain 'Yin' dan 'Yang'.

Najib berkata kedua-dua beruang panda yang akan dibawa ke Malaysia itu melambangkan hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Untuk mencerminkan hubungan akrab itu, ada juga penyumbang komen yang mencadangkan nama seperti 'Satu Malaysia' dan 'Satu China', 'CC' dan 'MM' serta 'Rasa' dan 'Sayang'.

Tidak kurang juga cadangan nama unik seperti 'Tuan-tuan' dan 'Puan-puan', 'Putera' dan 'Puteri', 'Jib-jib' dan 'Mah-mah', 'Zuo Shou' dan 'You Shou' (tangan kiri dan tangan kanan) dan sebagainya.

Najib berharap kemasukan dua beruang panda itu dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi haiwan yang semakin pupus itu.

"China bersetuju untuk meminjamkan dua ekor panda kepada kita, ini jelas membuktikan mereka percayakan kita," kata perdana menteri.

Persetujuan mengenai peminjaman panda itu dijangka dimeterai esok antara kerajaan Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA).

Ia merupakan sebahagian daripada kerjasama antara CWCA dan kerajaan Malaysia sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan