Sekolah Wajar Teliti Syarikat Keselamatan Sebelum Tawar Kontrak

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pentadbiran sekolah seharusnya menawarkan kontrak kepada syarikat perkhidmatan keselamatan yang mempunyai kemampuan dan kepakaran dalam memastikan keselamatan pelajar sekolah terjamin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihak sekolah seharusnya memilih syarikat keselamatan yang mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menjamin keselamatan pelajar sekolah ketika berada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

"Saya minta setiap syarikat keselamatan yang mendapat kontrak perkhidmatan keselamatan di sekolah supaya memastikan anggota mereka terlatih, tiada rekod buruk, mengikut SOP... terutamanya pergerakan keluar masuk orang ramai ke kawasan sekolah.

"Selain itu, syarikat yang terpilih perlulah memberi perkhidmatan yang terbaik dan memberikan latihan secukupnya kepada anggotanya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah dan penutupan Hari Mekar Bahasa dan Sastera di sini, Rabu.

Mengenai cadangan menempatkan anggota Rela untuk mengawal keselamatan di luar sekolah, Mohd Puad berkata usaha itu amat dialu-alukan.

Terdahulu pada majlis itu, beliau berkata penggunaan Bahasa Melayu yang tinggi secara meluas di sekolah dapat menyemarakkan daya kreatif dan berfikir di kalangan penuturnya.

"Kita melihat pelajar bersaing dan ini akan memotivasikan mereka untuk menggunakan Bahasa Melayu tinggi menerusi pertandingan sama ada dalam bentuk syair, puisi, pidato dan perbahasan.

"Ini perlu diberi perhatian supaya ia dapat diperkembangkan di sekolah dengan lebih efektif dan meluas," katanya.

Penganjuran Hari Mekar Bahasa dan Sastera 2012 itu adalah julung kali diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggabungkan pertandingan kebahasaan dan kesusasteraan untuk kanak-kanak dan remaja bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan