Profesional Adalah Pembentuk Pendapat Penyumbang Pembinaan Negara - Berita Semasa | mStar

Profesional Adalah Pembentuk Pendapat Penyumbang Pembinaan Negara

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Forum Profesional Kebangsaan di Seri Perdana, Putrajaya, Selasa. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Forum Profesional Kebangsaan di Seri Perdana, Putrajaya, Selasa. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada Selasa, profesional adalah pembentuk pendapat yang menyumbang kepada proses pembinaan negara dan memimpin Malaysia untuk menjadikan visinya sebuah realiti.

Perdana Menteri berkata profesional adalah pembimbing pendapat yang begitu diperlukan dalam masyarakat dan negara.

"Sifat kedudukan anda yang begitu unik boleh menjadikan anda amat penting dalam mendorong rakyat menyokong, menghargai dan memahami sokongan dan melibatkan diri mereka demi menentukan visi Malaysia menjadi sebuah realiti," kata Najib pada Pelancaran Forum Profesional (ProF) peringkat Kebangsaan di kediaman beliau, Seri Perdana di sini.

Turut hadir Presiden Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) John S.C. Loh dan kira-kira 300 anggota BIM.

Najib, yang juga penaung BIM berkata profesional adalah testimoni kepada kisah kejayaan Malaysia.

"Ini tidak berlaku secara kebetulan. Anda orang bijak, tidak syak lagi tentang itu, tetapi orang bijak pun memerlukan bantuan dan anda tahu anda tidak boleh berjaya dengan sendirian. Kerajaan juga tidak boleh berjaya tanpa sokongan anda.

"Sebab itu saya perlukan sokongan anda," kata Najib.

Sementara itu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan menimbangkan cadangan BIM, termasuk penghapusan cukai perkhidmatan enam peratus yang dibayar oleh pelanggan yang menggunakan perkhidmatan profesional dan pembentukan dana pusingan bagi menyediakan pinjaman mudah.

"Itu adalah perkara-perkara yang saya tidak boleh buat keputusan pada majlis jamuan teh (seperti ini)... Semasa bajet, saya boleh pertimbangkan agar profesional di negara ini boleh makmur," kata beliau.

Najib berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan akan memanfaat rakyat dan kumpulan profesional. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan