Mubarak Kemuka Senarai 21 Calon PRU-13

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengemukakan senarai 21 calon mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

Katanya senarai calon berkenaan diyakini boleh menjadi calon boleh menang bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan umum ke-13 dan dan ia juga selari dengan kenyataan Perdana Menteri usia tidak diambil kira sebagai calon.

"Calon kitar semula dari anggota Mubarak ini mempunyai potensi untuk memberi kemenangan kepada BN kelak berdasarkan pengalaman dan pengaruh mereka dalam bidang politik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Mubarak dan majlis makan tengah hari bersama kumpulan bekas menteri-menteri kabinet BN di sini, Rabu.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Ditanya sama ada kesemua senarai calon yang dicadangkan Mubarak itu akan dipilih oleh Perdana Menteri, Abdul Aziz menyerahkannya kepada Najib membuat keputusan muktamad mengenainya.

Mengenai mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Mubarak, Abdul Aziz berkata Mubarak telah menubuhkan Jawatankuasa Majlis Penasihat Pendidikan dan Majlis Penasihat Golongan Veteran.

"Jawatankuasa Majlis Penasihat Pendidikan ini akan diketuai oleh bekas Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin.

"Jawatankuasa ini akan memberi cadangan kepada kerajaan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menambahbaik sistem pendidikan negara termasuk di peringkat universiti," katanya.

Majlis Penasihat Golongan Veteran pula akan memberi idea dan pendapat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dalam menjayakan program transformasi kerajaan.

Ia akan bukan sahaja terdiri dari anggota Mubarak tetapi akan melibatkan negarawan, beberapa tokoh ekonomi, aktivis dari badan bukan kerajaan dan cendekiawan dalam pelbagai bidang, katanya.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam masa yang terdekat untuk menubuhkan cawangan Mubarak di negeri itu.

Sehingga kini, Mubarak mempunyai 780 anggota di seluruh negara dengan cawangan di lima negeri dan bercadang untuk menambahnya pada masa depan, katanya.

Selain itu, Mubarak akan menganjurkan perhimpunan dan seminar bersama anak-anak dan cucu-cucu kepada anggota Mubarak yang dijadual berlangsung pada Julai atau Ogos depan di Kuala Lumpur yang bertujuan menyemai budaya cintakan negara kepada mereka.

Katanya anggota Mubarak juga akan mendekati golongan belia di seluruh negara kerana mereka merupakan pengundi baru dan jumlah mereka adalah ramai untuk PRU ke-13 dan perlu diberi penerangan mengenai para pejuang kemerdekaan negara dan apa yang dilakukan oleh BN untuk memakmurkan negara sehingga rakyat menjalani kehidupan yang selesa sekarang.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan agar memantau pergerakan warga asing kerana ada segelintir daripada mereka terlibat dalam pelbagai kejadian jenayah sehingga ia membimbangkan rakyat tempatan menjalani kehidupan harian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan