Mesyuarat Pertama Kumpulan Tumpuan Bajet 2012 Bermula

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Tumpuan pertama Kementerian Kewangan bagi Bajet 2013 memulakan perbincangan pada Rabu mengenai inisiatif baharu untuk meningkatkan pelaburan swasta dan cabaran semasa memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, antara isu-isu yang dibincangkan ialah meningkatkan produktiviti dan inovasi, melaksanakan aktiviti tokokan nilai tinggi, kekurangan buruh mahir, meningkatkan penyediaan perkhidmatan awam dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Beliau berkata, memandangkan cabaran luaran, Malaysia perlu menumpukan usaha mengukuhkan permintaan domestik terutamanya dalam meningkatkan pelaburan swasta dan tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai sekarang.

"Isu-isu mengenai pelaburan swasta telah dibincangkan dalam banyak forum termasuk perundingan bajet baru-baru ini.

"Itulah sebabnya mengapa Kumpulan Tumpuan hari ini akan membincangkan mengenai isu itu dan mencari cadangan konkrit tentang cara-cara untuk meningkatkan pelaburan swasta," katanya pada taklimat media di sini, Rabu.

Ahmad Husni berkata, pelaburan swasta meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM111.8 bilion tahun lepas daripada RM95.9 bilion pada 2010.

Aliran yang menggalakkan ini berterusan pada suku pertama tahun ini dengan pelaburan swasta mencatatkan jumlah sebanyak RM34.1 bilion, katanya.

Beliau berkata, hasil daripada perbincangan itu akan berfungsi sebagai input dalam perangkaan Bajet 2013, yang akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri pada 28 September, 2012.

Sejumlah 17 sesi mesyuarat kumpulan tumpuan yang mewakili 17 sektor utama akan berlangsung pada minggu-minggu berikutnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan