Forum Bukan Penyelesaian Masalah Air Selangor - Noh

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata penganjuran forum mengenai isu air oleh Kerajaan Negeri Selangor semalam dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah rizab air terawat yang semakin berkurangan di negeri itu.

Beliau berkata forum sedemikian tidak mampu membawa penyelesaian kepada masalah air terawat di negeri pembangkang itu selagi Kerajaan Negeri Selangor enggan berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi air.

"Apakah resolusi (forum) yang dicapai boleh mengatasi masalah air di Selangor? Sebanyak 129 kilang terpaksa ditangguhkan pembinaannya di negeri ini kerana rizab air terawat di Selangor yang berada pada tahap 2.4 peratus sahaja," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Guru peringkat Kuala Selangor di sini, Rabu.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, diminta mengulas mengenai forum masalah air Selangor anjuran kerajaan negeri yang memutuskan menolak pembinaan Loji Langat 2 bagi menyalurkan air mentah dari Pahang, sebaliknya mahu mengkaji cadangan mengguna air bawah tanah dan lombong.

Beliau berkata kerajaan negeri Selangor sepatutnya menyelesaikan masalah penstrukturan industri air Selangor, yang kini menemui jalan buntu berikutan syarikat-syarikat konsesi air di Selangor tidak bersetuju dengan tawaran kerajaan negeri mengambil alih kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Noh meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya bersikap telus dengan mendedahkan kedudukan kewangan Universiti Selangor (UNISEL), yang dikhuatiri mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi universiti milik kerajaan negeri ini.

Beliau turut mempersoal cadangan kerajaan negeri untuk mencairkan aset milik UNISEL yang ditaksirkan bernilai RM30 juta.

"Adakah ini sebenarnya dirancang lebih awal bagi menampung kos operasi UNISEL dan bukan hanya bagi menampung yuran kemasukan pelajar-pelajar baru universiti itu?" soalnya.

Minggu lepas, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar baru UNISEL berikutan kenyataan pembangkang yang mahu memansuhkan tabung pendidikan itu dan menggantikannya dengan pendidikan percuma, tetapi pembekuan itu ditarik balik setelah UNISEL tidak mampu melaksanakan pendidikan percuma.

Noh juga meminta Abdul Khalid memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana menyebabkan mereka menerima kesan daripada tindakan politik kerajaan negeri yang menyokong pemansuhan pinjaman PTPTN.

Sebelum ini, katanya, rakyat Selangor turut menerima tempias politik kerajaan negeri apabila merancang merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan membatalkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA di Serendah menyebabkannya dipindahkan ke Jasin, Melaka. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan