Bersih 3.0 Satu Cubaan Rampasan Kuasa – Nazri

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu disifatkan sebagai cubaan menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan cara yang tidak demokratik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, himpunan Bersih 3.0 telah dijadikan alat oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Perhimpunan Bersih 3.0 telah mencabar undang-undang sedia ada. Tindakan tidak mahu berkompromi dengan lokasi yang telah diberikan serta tindakan ganas dan provokatif peserta Bersih mencerminkan matlamat mereka yang sebenarnya.

“Mereka ini menggunakan insiden yang berlaku untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia telah bertindak ganas dan bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap peserta Bersih,” katanya ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen DAP itu meminta kerajaan mengemukakan bukti bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu cubaan merampas kuasa oleh pihak pembangkang.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, tindakan tersebut sengaja dilakukan bagi menimbulkan kesan berantai supaya dapat menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat.

“Kerajaan bersikap universal dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji siastem pilihan raya di negara ini termasuk syor-syor yang dicadangkan seperti penggunaan dakwat kekal.

“Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga tidak akan sekali-kali menggunakan kaedah-kaedah yang tidak berperlembagaan dan menyalahi undang-undang untuk kekal berkuasa. BN adalah kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata, matlamat sebenar Perhimpunan Bersih 3.0 telah dirampas oleh pihak pembangkang yang mempunyai agenda untuk memberi tekanan kepada kerajaan.

“Ini kerana ada pihak tertentu di kalangan parti pembangkang yang tidak yakin bahawa melalui pilihan raya bebas dan adil mereka berpeluang untuk membentuk kerajaan.

“Sebagai tindakan yang bersifat komprehensif, pihak ini cuba menimbulkan kesangsian pemikiran rakyat bahawa pilihan raya tidak adil, jadi mereka cuba menimbulkan kekacauan ketika perhimpunan Bersih diadakan,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan