WWW 1: Nizar Sedia Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) pada Selasa menyatakan kesediaan untuk memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim berhubung kontroversi bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Sehubungan itu Mohammad Nizar berkata beliau akan menghantar surat rasmi untuk mohon mengadap Sultan Ibrahim bagi menjelaskan mengenai kontroversi yang disifatkannya sebagai salah faham.

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seiklas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.

"Saya ingin mohon mengadap bagi menceritakan sendiri keadaan sebenar supaya tidak disalah erti dan disalah anggap oleh media.

"Saya menyatakan kesedian mohon mengadap pada bila-bila masa supaya kemelut ini akan dapat ditangani," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Mohammad Nizar kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di Twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000.

Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Malah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahanda baginda menggunakan wang rakyat.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan