RCI Pendatang Asing Hanya Untuk Sabah - Nazri

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peranan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah tidak akan membabitkan golongan berkenaan di semenanjung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata suruhanjaya itu hanya akan menyelesaikan isu pendatang asing di Sabah demi kepentingan rakyat di negeri itu.

"Ia cuma untuk Sabah sahaja, ia tak merangkumi mereka (Pati) yang datang ke semenanjung...RCI hanya untuk Sabah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang mencadangkang agar kerajaan memperluaskan peranan RCI tersebut bagi menangani masalah yang sama di beberapa negeri lain termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Menjawab isu kemungkinan Pati yang berada di Sabah akan dipindahkan ke semenanjung selepas suruhanjaya itu mula menjalankan tugas hingga mengakibatkan kumpulan berkenaan kemudiannya didaftarkan sebagai pengundi, Mohamed Nazri menyangkal kebimbangan yang dibangkitkan Anwar.

"Kalau dipindahkan pun mereka tak akan didaftarkan sebagai pengundi," katanya.

Awal bulan lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menubuhkan RCI bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Najib berkata kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata kerajaan kini berada diperingkat akhir mengkaji mengenai terma rujukan (TOR) suruhanjaya itu.

"Kerajaan memulakan proses bagi memulakan TOR suruhanjaya tersebut dan sehingga kini berada diperingkat akhir penggubalan.

"Bagi memastikan tujuan penubuhan suruhanjaya ini dicapai sepenuhnya, kerajaan perlu memastikan terma rujukan yang ditetapkan adalah menyeluruh supaya masalah Pati di sabah dapat diselesaikan secara komprehensif.

"Selain itu anggota suruhanjaya ini akan dipilih daripada kalangan mereka yang berpengalaman luas dan mempunyai kefahaman yang mendalam berhubung dengan masalah Pati di Sabah untuk memastikan syor-syor yang dikemukakan boleh dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan